Monday, August 6, 2007

जदी PELAKON

Hari ini 4 orang dari BTP dan 2 dari Intel datang ke sekolah nak tengok aku mengajar gunakkan CMPC. Prepair dari awal pagi lagi. letih tak terkata, kena pulak server tak boleh nak akses, rupanya masalah setting IP addres, nasib baiklah puan Elenna dari Btp tolong setkan.
Mr Yap tolong komen pengajaran aku, kira ok dia kata. Budak 2KM2 bukan main teruja lagi, tapi time kamera fokus kat muka dia orang, habis gelabah, hilang skrip yang aku suruh hafal tu. Hampeh sungguh bebudak ni. Nak kena buat reheasel lagi nih. Pada mas ayang sama Pn Hafisoh nak markah kerja kursus pulak, nasib baik ada Pn Zarita, dia tolong key in. kalau tak dak dia, mampus aku nak kejar 2 kerja dalam satu masa. TERIMA KASIH PUAN ZARITA.
Kertas ujian budak 6ae1 dgn 6be1 belum semak lagi. Rabu dah nak buat ceramah kat SMK Permatang Tok Jaya pulak. Pas tu nak kejar ke PPD Selatan, nak mesyuarat dengan Fadzli kat PPD Selatan, sibuk fasal nak p pulau Pangkor. Entah aku nak pergi ke tak minggu depan. Sibuknya aku mengalahkan PM. LETIH....tapi aku seronok..inilah cabaran namanya.